Health &
Care ialah sebuah perniagaan baru yang ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar di
Universiti Utara Malaysia untuk menjual minuman kesihatan di samping
menyampaikan mesej-mesej kesihatan kepada mahasiswa dan mahasiswi UUM.
Visi Health
& Care adalah mengurangkan kesakitan dalam kalangan pelajar Universiti
Utara Malaysia dan mengharapkan mereka mempunyai badan yang sihat. Misi Health
& Care adalah untuk mencapai visi dengan tugasan seperti membekalkan
minuman kesihatan pada harga yang berpatutan, memberi kemudahan kepada pelajar
terutama kepada mereka yang tidak mempunyai
masa untuk menjaga kesihatan diri dan mengekalkan hubungan yang baik dengan
pelanggan-pelanggan Health & Care supaya mencapai jualan yang lebih tinggi.
Objektif Health & Care adalah menjadikan minuman kesihatan kami sebagai
minuman yang paling laris dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia. Matlamat
Health & Care adalah mencapai 800 jualan dalam masa 2 bulan dari hari
pertama perniagaan ini bermula.
Health &
Care merupakan syarikat yang menjual produk tentang minimun kesihatan dalam
kalangan masyarakat yang moden dan sibuk ini. Minuman kesihatan ini merupakan
suatu minuman yang mengandungi buah-buahan kering dan herba-herba seperti herba
longan kering, kurma merah kering, Goji, kulat putih dan sebagainya.
Bahan-bahan minuman kesihatan yang digunakan
amat berkhasiat dan berguna kepada badan manusia. Kurma merah kering mengandungi protein, lemak, karbohidrat, asid
organik, vitamin A, vitamin C, asid amino dan kalsium yang kaya lain
mikro-nutrien.
Dalam kalangan masyarakat UUM yang sibuk ini,
tidak kira pelajar ataupun pensyarah mahupun staf UUM juga tidak mempunyai masa
yang berlebihan untuk menjaga kesihatan dan menjamin makanan dan minuman yang
dimakan adalah berkhasiat untuk badan kita. Oleh itu, minuman ini amat sesuai
diminum dalam kalangan masyarakat ini.
Hal ini demikian kerana Goji boleh menyembuhkan hati dan buah pinggang
yin supaya menyebabkan kepala pintar. Longan, afrodisiak Qi, tonik jantung, menyuburkan
saraf, menenangkan keindahan dan kesan-kesan lain, untuk merawat anemia,
berdebar-debar jantung, insomnia, kealpaan, neurasthenia dan selepas penyakit,
selepas melahirkan embolisme lemah. Gula merah, panas, manis, Rupi, dengan Qi
dan darah, limpa dan perut, melegakan kesakitan, menggalakkan kesan peredaran
darah.
Selain
daripada itu, kita juga mengetahui bahawa longan, kurma merah, Goji untuk
wanita adalah makanan yang sangat baik, longan tarikh merah teh Goji adalah
seorang wanita untuk menguatkan qi dan darah, Golongan wanita sering minum
minuman ini akan membantu menguatkan badan semasa waktu period dan mengeluarkan
sejuk dan angin daripada badan mereka. Wanita juga boleh digunakan untuk darah
selepas bersalin dan senggugut pengurus wanita tune. Ia juga membantu
berkesanan penjagaan kulit.
Selain itu,
bebanan kerja atau pelajaran serta kekangan waktu mendorong sebilangan orang
menjadikan minuman kesihatan syarikat kita sebagai pilihan. Lagipun minuman
tersebut sedap dan mengandungi bahan herba yang sihat kepada badan kita. Oleh
itu, produk kita ini akan disebabkan dengan beberapa unsur yang menggalakkan
perkembangannya seperti perkhidmatan segera yang ditawarkan, minuman yang
sedap, enak, dan bersihat serta harga yang berpatutan, telah membentuk ciri-
ciri produk kita yang menjadi pilihan orang ramai pada masa kini.
Hasil daripada
pemantauan yang dilakukan, kami mengetahui cuaca panas yang semakin hari
berterusan mengakibatkan warga UUM kurang bertenaga dalam melaksanakan
tanggungjawab masing-masing. Mereka mengalami masalah kesihatan seperti bibir cepat
kering yang menyebabkan ulser bibir, ulser mulut, keguguran rambut dan
lain-lain masalah. Masalah kesihatan seperti ini berlaku kerana badan tidak
mencukupi air seperti diminum pada masa lalu akibat cuaca yang berubah menjadi
semakin panas. Pengalaman sebenar yang pernah berlaku di mana salah seorang
kawan mengalami ulser bibir disebabkan musim panas yang berlanjutan dan meminum
air sama seperti dahulu. Ini menyebabkan kekurangan air dalam badan dan
menjurus kepada masalah kesihatan yang lain. Daripada masalah-masalah ini, kami
membuat keputusan untuk menjual sejenis minuman kesihatan yang dibuat daripada
buah-buahan kering dan tumbuhan yang sesuai dengan minuman tersebut sebagai
minuman tambahan harian bagi membantu mereka lebih aktif dan bertenaga sepanjang
hari serta dapat menjalankan tugasan harian mereka dengan lebih lancar.
No comments:
Post a Comment